aku...dia...bermula kehidupan

aku...dia...bermula kehidupan

Wednesday, July 4, 2012

#cerpenpertamaku

kepada yang sudi membaca... ini hasil pertama cerpen aku...  tak lengkap lagi... tgh nk mula klimaks sebenarnya... tp dah gatal nk post.he3... nama pena aku FIRHAN... dh de nama pena kot.he3. jom baca...


Mungkinkah terjadi
oleh
-FIRHAN-
……………………………………………………………………………………………………………….

STADIUM Doha, Qatar menjadi tumpuan seluruh pelusuk dunia. Tanggal 1 Julai 2018 menjadi tarikh keramat kepada 2 pasukan dari dunia berbeza. Gergasi bola sepak dunia Sepanyol, juara Piala Dunia 2010 dan juara Euro edisi 2008 dan 2012 yang lalu bakal menentang juara Piala Asia 2013, Malaysia.
            Ribuan penyokong Sepanyol dan Malaysia telah lama membanjiri setiap sudut stadium. Kelihatan sebelah kanan stadium dipenuhi dengan penyokong-penyokong setia Sepanyol. Warna merah mewarnai setiap sudut kanan stadium selain laungan Espana-Espana-Espana’ kedengaran dengan cukup kuat dari sini. Bahagian kiri stadium pula dapat dilihat berkibaran Jalur Gemilang, bendera kesayangan seluruh Malaysia. Teriakan Malaysia Boleh' juga dapat didengar.
Tak dapat aku sangka kerana mampu berada di bumi Qatar tatkala kemuncak Piala Dunia 2018 bakal berlangsung. Keinginan untuk menikmati final Piala Dunia yang membuatkan aku bulat hati ingin terbang ke bumi Arab ini. Blog tulisanku pasti lebih menarik kerana pasti paparan dalam blog-blog aku penuh dengan gambar-gambar aku di Stadium Doha. Adrenalin yang mengalir cukup berbeza dengan final-final sebelum ini. Dapat aku rasakan aura semangat peminat-peminat yang hadir di sini cukup hebat berbanding di sebelum ini. Itulah aura kemanisan melangkah ke Final Piala Dunia walaupun aku bukanlah pemain Harimau Malaya, aku cuma penulis blog sukan yang memang cintakan bola sepak.  
Stadium terus gamat dengan sorakan dan teriakan peminat-peminat kedua-dua pasukan. Aku sebagai penyokong tegar Harimau Malaya sekadar tersenyum kerana sebentar sahaja lagi aku bakal menyaksikan secara langsung perlawanan akhir Piala Dunia 2018 sedangkan teman-teman di Malaysia menonton dari kaca televisyen sahaja. Kemeriahan final semakin kuat aku rasakan.  
Tiba-tiba stadium bergema dengan lebih kuat lagi. Mata aku tertumpu ke tengah padang. Rupa-rupanya senarai pemain-pemain telah memasuki padang. Barisan Sepanyol yang diketuai David De Gear bakal berdepan Harimau Malaya yang bakal mengaum kuat di arena Final Piala Dunia ini. Malaysia pula  diketuai oleh Nazmi Faiz selaku kapten. Perlawanan akhir Piala Dunia Edisi 2018 kali ini cukup epic kerana pertama kalinya dalam sejarah bola sepak dunia, pasukan Asia mampu melangkah ke perlawanan akhir. Selain itu, perlawanan ini juga bakal diadili oleh Pedro Proenca dari Brazil selain dibantu 5 orang pembantu pengadil yang lain.
Kedua-dua pasukan telah bersalaman dan bertukar-tukar bendera tanpa semangat kesukanan antara kedua-dua pasukan. Sepanyol memilih untuk melakukan sepak mula manakala Malaysia memilih padang sebelah kanan untuk memulakan perlawanan. Setelah kesemua pemain telah bersedia, seluruh stadium memulakan kiraan 10 saat terakhir sebelum tiupan wisel sepak mula perlawanan akhir Piala Dunia 2018. 3-2-1. Wisel ditiup Pedro Proenca menandakan perlawanan akhir bermula. Fabregas melakukan sepak mula dan memberikan kepada Mata. Stadium terus bergema dengan sorakan dan sokongan daripada peminat kedua-dua pasukan ini.
            5 minit berlalu dan nampaknya Sepanyol bermain seperti biasa. Gaya permainan “possession game”, hantaran pendek yang kemas antara pemain-pemain diamalkan. Pasukan ini jelas mengaplikasi gaya permainan Barcelona selain corak serangan Real Madrid yang diolah dengan sangat baik oleh jurulatih mereka, Pep Guardiola. Tetapi Malaysia tetap juga tidak kurang hebatnya. Gaya ‘offensive’ atau serangan bertali arus menjadi pilihan Malaysia sepanjang Piala Dunia ini berlangsung justeru membawa pasukan ini mara hingga ke peringkat ini.
            Tempo perlawanan semakin pantas. Perlawanan sudah mula menampakkan ‘berat sebelah’nya. Xavi Hernandes dan Xavi Alonso mula mengorak langkah. Cecs Fabregas juga telah memulakan larian berbahaya ke kubu lawan. Bahagian tengah bukan lagi milik Nazmi, tetapi Si Kembar Xavi mula menguasai padang. Harimau Malaya mula hilang punca. Pemain-pemain Malaysia seperti sudah mula terperangkap dengan gaya permainan  Sepanyol yang mengamalkan corak hantaran pendek tetapi begitu kemas. Bagai melekat bola itu di kaki pemain-pemain Sepanyol.
            Gol!!!!!!. Stadium Doha bergema. Hantaran lintang Cesc Fabregas dapat ditanduk kemas oleh Fernando Llorente. Khairul Fahmi tertewas. Ternyata kini Sepanyol terus menguasai permainan. Sorakan España Campeones’ kini bergema. Semakin lantang suara sorakan penyokong-penyokong Sepanyol selepas jaringan Fernando Llorente tadi. Penyokong-penyokong Malaysia kini mendiamkan diri. Terasa status ‘underdog’ berdepan bekas Juara Dunia dan Juara Eropah satu beban yang kian memberatkan. Malaysia mungkin terlalu menghormati Sepanyol. Namun pada aku perlawanan baru berlangsung 15 minit. Ada 75 minit lagi dan macam-macam boleh terjadi dalam bola sepak. Yang penting semangat Malaysia Boleh terus kekal dalam sanubari pemain-pemain Harimau Malaya kita
            Malaysia seperti sudah sedar dari mimpi. Aku dapat melihat Nazmi mula menggerakkan bahagian tengahnya dengan baik. Wan Zack Haikal mula membantu. Irfan Fazail yang aku lihat seperti ‘mati’ kini hidup semula. Malaysia mula mengasak. Aku seperti terkejut kerana tempo permainan mula dikuasai Malaysia. ‘Possession’ antara minit 30 – 35 dikuasai oleh pasukan kita. 60% - 40%. Malaysia 60. Sepanyol 40. Semua penyokong juga terpukau dengan gaya permainan pasukan Malaysia yang nampaknya semakin baik.
            Rozaimi melakukan sepakan deras. De Gear terpaksa melayangkan badan untuk menepis keluar cubaan tersebut.  Kombinasi Rozaimi dan Syahrul Azwari mula menunjukkan taring. Pertahanan Sepanyol kini teruji. Ramos semacam tak mampu mengekang asakan keras Rozaimi.  Kini giliran Si Kembar Xavi membantu barisan pertahanan, bukan lagi mengemudi hantaran kepada Silva dan Fabregas. Peminat-peminat Malaysia mula melaung Malaysia Boleh bagi menaikkan semangat juang pemain-pemain mereka.  Aku semakin teruja melihat corak permainan pasukan Malaysia yang mula mendapat rentak. Aku sama-sama melaungkan Malaysia Boleh !. Laungan semangat turun temurun yang mampu menaikkan semangat perwira-perwira Harimau Malaya ini.
            Nampaknya Malaysia kian menggiatkan serangan. Perlawanan sudah memasuki minit ke-40. Sepanyol masih bertahan. Tiba-tiba satu serangan kilat dilakukan pasukan Sepanyol. Alba membuat larian deras dari bawah. Menghantar kepada Cesc, terus kepada Iniesta. Iniesta kepada kepada Cesc. Cesc membuat hantaran terus kepada Alba. Alba dapat meloloskan diri daripada kawalan Fadhli Shas, dan tenang melepaskan tendangan kaki kirinya untuk melorongkan bola menewaskan Khairul Fahmi. Ternyata Malaysia terkejut dengan serangan kilat Sepanyol. Semangat Harimau Malaya sekali lagi direntap. Khairul Fahmi tewas kali kedua. Kali ini pada permain pertahanan kiri Sepanyol yang kian meningkat naik, Jordi Alba. Hanya kerana terlalu ingin mendapatkan gol penyamaan, barisan pertahana negara bocor. Laungan España Campeones kembali bergema di Stadium Doha. España Campeones. España Campeones. Ultras Malaya terdiam seketika. Tiada suara dari sudut kiri Stadium Doha.
            Prit. Prit. Priiiit… Tiupan wisel oleh Pedro Proenca menandakan separuh masa pertama sudah berakhir. Kelihatan pemain-pemain Malaysia meninggalkan padang dengan wajah yang tidak ceria. Aku dapat merasakan lelah mereka. Penat kerana ketinggalan. Namun, aku pasti. Separuh masa kedua pasti berbeza. Gaya dan taktik rahsia pasti akan dijelmakan pasukan bimbingan Dollah Salleh ini. Malaysia bukan pasukan yang senang diperlekeh. Kalaupun Malaysia pasukan ‘underdog’ tetapi kita tetap mampu ke final. Argentina kita sekat, Ivory Coast tumbang kepada kita, dan England, rebah pada kita di peringkat separuh akhir. Sekarang kita di final. Pasukan Asia pertama ke Final Piala Dunia.
            Gamat stadium tak pernah diam. Laungan lagu ‘Inilah Barisan Kita’ pula kedengaran. Ultras Malaya memimpin gema semarak sorakan peminat-peminat Harimau Malaya. Aku teruja kerana jauh di bumi Arab tetapi kumpulan Ultras ini sanggup bersama-sama berjuang dengan pasukan Harimau Malaya. ‘Selamanya, selamanya, selamanya Harimau Malaya’. Adrenalin aku kembali meningkat. Keterujaan terasa, meremang romaku kerana rasa semangat yang kian berkembang. Tak sabar rasanya untuk menyaksikan Harimau Malaya kembali mengaum di setelah luka direntap Matador Sepanyol.
            Separuh masa kedua akan bermula beberapa ketika sahaja lagi. Kesemua pemain telah masuk ke padang. Dalam pengamatan aku, tiada pertukaran yang dibuat oleh Dollah Salleh mahupun Guardiola. Malaysia akan memulakan sepak mula untuk separuh masa kedua. Aku yakin, pasti ada taktikal sulit yang masih belum ditunjukkan oleh pasukan kesayanganku ini. Malaysia pasti akan mengejutkan pasukan pilihan dari Eropah ini. Aku percaya ini pasti berlaku.
            Irfan Fazail memulakan sepak mula. Nazmi Faiz cuba mencorakkan permainan di tengah. Malaysia nampaknya memulakan separuh masa kedua dengan lebih baik nampanknya. Serangan dimulakan dan Rozaimi mendapat 1 peluang, namun kuisan Rozaimi hasil hantaran lintang Wan Zack Haikal berjaya ditolak keluar. Sepakan sudut diminit-minit awal separuh masa kedua juga tidak membuahkan hasil. Namun ada sesuatu dapatku lihat di sini. Malaysia seperti bangkit. Sepanyol tenggelam walaupun mendahului.
            Sudah 1 jam berlalu. Bola sepakan Wan Zack ditampan keluar Silva. Tiba-tiba aku nampak kelibat Nor Shahrul Idhlan Talaha atau Mat Yo, penyerang veteran negara di tepi padang. Irfan Fazail dibawa keluar. satu pertukaran strategi dibuat. Irfan pemain tengah, tetapi Mat Yo penyerang tengah. Rozaimi dan Wan Zack pasti menjadi peyerang sayap. Aku teruja dengan taktikal ini. 4-3-3. Formasi yang jelas cenderung kepada corak serangan. Sorakan Malaysia Boleh ! kembali berlaung kuat. Mat Yo pasti menjadi penyelamat seperti yang dilakukannya pada perlawanan separuh akhir menentang England. Bekas penyerang kelab Blackburn Rovers ini pasti menjadi igauan ngeri Sepanyol kerana beliau penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol setakat ini.
            70 minit berlalu, dan Malaysia terus mengasak kubu lawan. Sepanyol kian tertekan. Tekanan yang dialami menggantikan Fabregas, penyerang veteran Sepanyol dengan pemain yang lebih bermain secara defensive, iaitu David Baraja. Jelas Sepanyol seperti terdesak walhal mereka yang sedang mendahului perlawanan. Malaysia terus mengasak hinggakan Gerard Pique yang telah dilayangkan kad kuning kerana mengasak Wan Zack. Malaysia kini mendapat sepakan percuma dari jarak 35 meter dari gol Sepanyol. Peluang ini patut kita ambil sebaiknya. Nazmi Faiz menuju ke bola untuk mengambil sepakan.
         
BERSAMBUNG... 

Sambungan akan aku siarkan usai cerpen ini menjumpai penamatnya,

Assalamualaikum...
f77

2 comments:

  1. a good read!

    but my lack of imagination hampered the enjoyment of malaysia being in the final...

    satu lagi apsal xavi men lagi 2018? apsal jordi alba pemain pertahanan sedang meningkat? haha

    other than that, nice 1 mandong!

    ReplyDelete
  2. tq don... responds on comment...

    xavi hernandes n xavi alonso adelah kembar...
    skrg ni, xavi hernandes n xabi alonso.he3

    alba mengalami pengucupan prestasi utk 4 tahun slps ni.
    2018 baru bangkit.

    ReplyDelete