aku...dia...bermula kehidupan

aku...dia...bermula kehidupan

Wednesday, July 4, 2012

#cerpenpertamaku

kepada yang sudi membaca... ini hasil pertama cerpen aku...  tak lengkap lagi... tgh nk mula klimaks sebenarnya... tp dah gatal nk post.he3... nama pena aku FIRHAN... dh de nama pena kot.he3. jom baca...


Mungkinkah terjadi
oleh
-FIRHAN-
……………………………………………………………………………………………………………….

STADIUM Doha, Qatar menjadi tumpuan seluruh pelusuk dunia. Tanggal 1 Julai 2018 menjadi tarikh keramat kepada 2 pasukan dari dunia berbeza. Gergasi bola sepak dunia Sepanyol, juara Piala Dunia 2010 dan juara Euro edisi 2008 dan 2012 yang lalu bakal menentang juara Piala Asia 2013, Malaysia.
            Ribuan penyokong Sepanyol dan Malaysia telah lama membanjiri setiap sudut stadium. Kelihatan sebelah kanan stadium dipenuhi dengan penyokong-penyokong setia Sepanyol. Warna merah mewarnai setiap sudut kanan stadium selain laungan Espana-Espana-Espana’ kedengaran dengan cukup kuat dari sini. Bahagian kiri stadium pula dapat dilihat berkibaran Jalur Gemilang, bendera kesayangan seluruh Malaysia. Teriakan Malaysia Boleh' juga dapat didengar.
Tak dapat aku sangka kerana mampu berada di bumi Qatar tatkala kemuncak Piala Dunia 2018 bakal berlangsung. Keinginan untuk menikmati final Piala Dunia yang membuatkan aku bulat hati ingin terbang ke bumi Arab ini. Blog tulisanku pasti lebih menarik kerana pasti paparan dalam blog-blog aku penuh dengan gambar-gambar aku di Stadium Doha. Adrenalin yang mengalir cukup berbeza dengan final-final sebelum ini. Dapat aku rasakan aura semangat peminat-peminat yang hadir di sini cukup hebat berbanding di sebelum ini. Itulah aura kemanisan melangkah ke Final Piala Dunia walaupun aku bukanlah pemain Harimau Malaya, aku cuma penulis blog sukan yang memang cintakan bola sepak.  
Stadium terus gamat dengan sorakan dan teriakan peminat-peminat kedua-dua pasukan. Aku sebagai penyokong tegar Harimau Malaya sekadar tersenyum kerana sebentar sahaja lagi aku bakal menyaksikan secara langsung perlawanan akhir Piala Dunia 2018 sedangkan teman-teman di Malaysia menonton dari kaca televisyen sahaja. Kemeriahan final semakin kuat aku rasakan.  
Tiba-tiba stadium bergema dengan lebih kuat lagi. Mata aku tertumpu ke tengah padang. Rupa-rupanya senarai pemain-pemain telah memasuki padang. Barisan Sepanyol yang diketuai David De Gear bakal berdepan Harimau Malaya yang bakal mengaum kuat di arena Final Piala Dunia ini. Malaysia pula  diketuai oleh Nazmi Faiz selaku kapten. Perlawanan akhir Piala Dunia Edisi 2018 kali ini cukup epic kerana pertama kalinya dalam sejarah bola sepak dunia, pasukan Asia mampu melangkah ke perlawanan akhir. Selain itu, perlawanan ini juga bakal diadili oleh Pedro Proenca dari Brazil selain dibantu 5 orang pembantu pengadil yang lain.
Kedua-dua pasukan telah bersalaman dan bertukar-tukar bendera tanpa semangat kesukanan antara kedua-dua pasukan. Sepanyol memilih untuk melakukan sepak mula manakala Malaysia memilih padang sebelah kanan untuk memulakan perlawanan. Setelah kesemua pemain telah bersedia, seluruh stadium memulakan kiraan 10 saat terakhir sebelum tiupan wisel sepak mula perlawanan akhir Piala Dunia 2018. 3-2-1. Wisel ditiup Pedro Proenca menandakan perlawanan akhir bermula. Fabregas melakukan sepak mula dan memberikan kepada Mata. Stadium terus bergema dengan sorakan dan sokongan daripada peminat kedua-dua pasukan ini.
            5 minit berlalu dan nampaknya Sepanyol bermain seperti biasa. Gaya permainan “possession game”, hantaran pendek yang kemas antara pemain-pemain diamalkan. Pasukan ini jelas mengaplikasi gaya permainan Barcelona selain corak serangan Real Madrid yang diolah dengan sangat baik oleh jurulatih mereka, Pep Guardiola. Tetapi Malaysia tetap juga tidak kurang hebatnya. Gaya ‘offensive’ atau serangan bertali arus menjadi pilihan Malaysia sepanjang Piala Dunia ini berlangsung justeru membawa pasukan ini mara hingga ke peringkat ini.
            Tempo perlawanan semakin pantas. Perlawanan sudah mula menampakkan ‘berat sebelah’nya. Xavi Hernandes dan Xavi Alonso mula mengorak langkah. Cecs Fabregas juga telah memulakan larian berbahaya ke kubu lawan. Bahagian tengah bukan lagi milik Nazmi, tetapi Si Kembar Xavi mula menguasai padang. Harimau Malaya mula hilang punca. Pemain-pemain Malaysia seperti sudah mula terperangkap dengan gaya permainan  Sepanyol yang mengamalkan corak hantaran pendek tetapi begitu kemas. Bagai melekat bola itu di kaki pemain-pemain Sepanyol.
            Gol!!!!!!. Stadium Doha bergema. Hantaran lintang Cesc Fabregas dapat ditanduk kemas oleh Fernando Llorente. Khairul Fahmi tertewas. Ternyata kini Sepanyol terus menguasai permainan. Sorakan España Campeones’ kini bergema. Semakin lantang suara sorakan penyokong-penyokong Sepanyol selepas jaringan Fernando Llorente tadi. Penyokong-penyokong Malaysia kini mendiamkan diri. Terasa status ‘underdog’ berdepan bekas Juara Dunia dan Juara Eropah satu beban yang kian memberatkan. Malaysia mungkin terlalu menghormati Sepanyol. Namun pada aku perlawanan baru berlangsung 15 minit. Ada 75 minit lagi dan macam-macam boleh terjadi dalam bola sepak. Yang penting semangat Malaysia Boleh terus kekal dalam sanubari pemain-pemain Harimau Malaya kita
            Malaysia seperti sudah sedar dari mimpi. Aku dapat melihat Nazmi mula menggerakkan bahagian tengahnya dengan baik. Wan Zack Haikal mula membantu. Irfan Fazail yang aku lihat seperti ‘mati’ kini hidup semula. Malaysia mula mengasak. Aku seperti terkejut kerana tempo permainan mula dikuasai Malaysia. ‘Possession’ antara minit 30 – 35 dikuasai oleh pasukan kita. 60% - 40%. Malaysia 60. Sepanyol 40. Semua penyokong juga terpukau dengan gaya permainan pasukan Malaysia yang nampaknya semakin baik.
            Rozaimi melakukan sepakan deras. De Gear terpaksa melayangkan badan untuk menepis keluar cubaan tersebut.  Kombinasi Rozaimi dan Syahrul Azwari mula menunjukkan taring. Pertahanan Sepanyol kini teruji. Ramos semacam tak mampu mengekang asakan keras Rozaimi.  Kini giliran Si Kembar Xavi membantu barisan pertahanan, bukan lagi mengemudi hantaran kepada Silva dan Fabregas. Peminat-peminat Malaysia mula melaung Malaysia Boleh bagi menaikkan semangat juang pemain-pemain mereka.  Aku semakin teruja melihat corak permainan pasukan Malaysia yang mula mendapat rentak. Aku sama-sama melaungkan Malaysia Boleh !. Laungan semangat turun temurun yang mampu menaikkan semangat perwira-perwira Harimau Malaya ini.
            Nampaknya Malaysia kian menggiatkan serangan. Perlawanan sudah memasuki minit ke-40. Sepanyol masih bertahan. Tiba-tiba satu serangan kilat dilakukan pasukan Sepanyol. Alba membuat larian deras dari bawah. Menghantar kepada Cesc, terus kepada Iniesta. Iniesta kepada kepada Cesc. Cesc membuat hantaran terus kepada Alba. Alba dapat meloloskan diri daripada kawalan Fadhli Shas, dan tenang melepaskan tendangan kaki kirinya untuk melorongkan bola menewaskan Khairul Fahmi. Ternyata Malaysia terkejut dengan serangan kilat Sepanyol. Semangat Harimau Malaya sekali lagi direntap. Khairul Fahmi tewas kali kedua. Kali ini pada permain pertahanan kiri Sepanyol yang kian meningkat naik, Jordi Alba. Hanya kerana terlalu ingin mendapatkan gol penyamaan, barisan pertahana negara bocor. Laungan España Campeones kembali bergema di Stadium Doha. España Campeones. España Campeones. Ultras Malaya terdiam seketika. Tiada suara dari sudut kiri Stadium Doha.
            Prit. Prit. Priiiit… Tiupan wisel oleh Pedro Proenca menandakan separuh masa pertama sudah berakhir. Kelihatan pemain-pemain Malaysia meninggalkan padang dengan wajah yang tidak ceria. Aku dapat merasakan lelah mereka. Penat kerana ketinggalan. Namun, aku pasti. Separuh masa kedua pasti berbeza. Gaya dan taktik rahsia pasti akan dijelmakan pasukan bimbingan Dollah Salleh ini. Malaysia bukan pasukan yang senang diperlekeh. Kalaupun Malaysia pasukan ‘underdog’ tetapi kita tetap mampu ke final. Argentina kita sekat, Ivory Coast tumbang kepada kita, dan England, rebah pada kita di peringkat separuh akhir. Sekarang kita di final. Pasukan Asia pertama ke Final Piala Dunia.
            Gamat stadium tak pernah diam. Laungan lagu ‘Inilah Barisan Kita’ pula kedengaran. Ultras Malaya memimpin gema semarak sorakan peminat-peminat Harimau Malaya. Aku teruja kerana jauh di bumi Arab tetapi kumpulan Ultras ini sanggup bersama-sama berjuang dengan pasukan Harimau Malaya. ‘Selamanya, selamanya, selamanya Harimau Malaya’. Adrenalin aku kembali meningkat. Keterujaan terasa, meremang romaku kerana rasa semangat yang kian berkembang. Tak sabar rasanya untuk menyaksikan Harimau Malaya kembali mengaum di setelah luka direntap Matador Sepanyol.
            Separuh masa kedua akan bermula beberapa ketika sahaja lagi. Kesemua pemain telah masuk ke padang. Dalam pengamatan aku, tiada pertukaran yang dibuat oleh Dollah Salleh mahupun Guardiola. Malaysia akan memulakan sepak mula untuk separuh masa kedua. Aku yakin, pasti ada taktikal sulit yang masih belum ditunjukkan oleh pasukan kesayanganku ini. Malaysia pasti akan mengejutkan pasukan pilihan dari Eropah ini. Aku percaya ini pasti berlaku.
            Irfan Fazail memulakan sepak mula. Nazmi Faiz cuba mencorakkan permainan di tengah. Malaysia nampaknya memulakan separuh masa kedua dengan lebih baik nampanknya. Serangan dimulakan dan Rozaimi mendapat 1 peluang, namun kuisan Rozaimi hasil hantaran lintang Wan Zack Haikal berjaya ditolak keluar. Sepakan sudut diminit-minit awal separuh masa kedua juga tidak membuahkan hasil. Namun ada sesuatu dapatku lihat di sini. Malaysia seperti bangkit. Sepanyol tenggelam walaupun mendahului.
            Sudah 1 jam berlalu. Bola sepakan Wan Zack ditampan keluar Silva. Tiba-tiba aku nampak kelibat Nor Shahrul Idhlan Talaha atau Mat Yo, penyerang veteran negara di tepi padang. Irfan Fazail dibawa keluar. satu pertukaran strategi dibuat. Irfan pemain tengah, tetapi Mat Yo penyerang tengah. Rozaimi dan Wan Zack pasti menjadi peyerang sayap. Aku teruja dengan taktikal ini. 4-3-3. Formasi yang jelas cenderung kepada corak serangan. Sorakan Malaysia Boleh ! kembali berlaung kuat. Mat Yo pasti menjadi penyelamat seperti yang dilakukannya pada perlawanan separuh akhir menentang England. Bekas penyerang kelab Blackburn Rovers ini pasti menjadi igauan ngeri Sepanyol kerana beliau penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol setakat ini.
            70 minit berlalu, dan Malaysia terus mengasak kubu lawan. Sepanyol kian tertekan. Tekanan yang dialami menggantikan Fabregas, penyerang veteran Sepanyol dengan pemain yang lebih bermain secara defensive, iaitu David Baraja. Jelas Sepanyol seperti terdesak walhal mereka yang sedang mendahului perlawanan. Malaysia terus mengasak hinggakan Gerard Pique yang telah dilayangkan kad kuning kerana mengasak Wan Zack. Malaysia kini mendapat sepakan percuma dari jarak 35 meter dari gol Sepanyol. Peluang ini patut kita ambil sebaiknya. Nazmi Faiz menuju ke bola untuk mengambil sepakan.
         
BERSAMBUNG... 

Sambungan akan aku siarkan usai cerpen ini menjumpai penamatnya,

Assalamualaikum...
f77

Monday, July 2, 2012

Spain Juara Euro 2012.

Spain Juara Euro 2012.


Spain menepati ramalan banyak pihak, mampu memenangi perlawanan akhir Euro 2012. Sejarah juga tercipta sbb Spain pasukan pertama memenangi Euro secara 'back to back'. Tiada negara pernah buat sebelum ni. n yg lg best, dorg menang  3 title within 6 years. 1st time jugak utk negara Eropah, tapi tidak untuk Amerika Selatan la. Brazil pernah buat menang Copa America n World Cup.(just nk share info je)

Aku bukanlah peminat Spain. Zaman sekolah2 dulu minat la. Zaman ada Luis Enrique, Raul muda2. Ada Zubezareta, Hiero, n dll. Zaman Spain x terrorist mcm skrg. Tp aku minat dorg punye game play. Dari dulu x berubah. Tp skrg korg bukan la pilihan aku, Ade sbb, tp xleh nk tulis... Personal sikit.he3. 

Tapi Spain pasca Raul mmg hebat. Dorg cuma perlu gabung 2 club utk buat 1 nasional team. xde player Chelsea pun xpe kot.(he3, jgn marah ye midi-tu pun kalau ko bace). Spain skrg mmg berhak duduk no 1 dlm world ranking. dorg boleh tapau sume team stakat ni. tp 2014... kite tggu apa nasib dorg. 

kembali pada Final Euro 2012. Itali sebenarnya masih melawan. 1st half aku tkejut gak, at 1 time b4 Alba score, possession Itali pgang kot. 58-42. Tapi masuk 2nd half, hancus...pada aku la... Spain terus btahan n mampu score 2 biji lagi dari 2 org player Chelsea kesayangan midi. 




tu gambar 2 player kesayangan midi dgn piala Euro 2012 semalam. Torres bagus gak mlm td, n yg lg surprised kan aku, Torres menang Golden Boot. 3 gol dlm masa 198 minit pmainan. prolifik kot. kalah Gomez. Kat Chelsea nk score punye la susah... tp kat Spain. so midi....haha

aku xnak tulis byk la. pnat... cerpen pun x setle lg. Tahniah kepada Spain n penyokong tegarnya. Tahniah juga pada Italy walaupun kene sayur kat Final Euro. 1st time dlm tmpoh 12 tahun aku tgk Euro, (96 aku start tgk), final team kalah kene sayur cmni... ish2... kesian Italy... 

k kawan2... c u then... tggu #cerpenpertamaku. 

Assalamualaikum
f77

Sunday, July 1, 2012

I'm back..again.


Setelah sekian lama aku menyepi...,
aku rasa aku nk kembali dalam dunia penulisan blog ni la... Dan sebagai permulaan baru ni, aku jadikan Final Euro 2012 sebagai permulaan baru aku dalam bidang penulisan blog ni...

Italy vs Spain. Unexpected final.(pada aku la). Mungkin ramai yg menjangkakan Spain akan ke final. Tapi Itali, seriously x sangka... terutamanya peminat kat Malaysia la. Kalau peminat kat Itali comfirm dorg kata mmg Itali layak ke Final Euro 2012. Tapi dari 'random survey' yg dilakukan oleh 1 station radio ni kate, since start Euro 2012 9 Jun lepas, ramai yg menjangkakan pasukan Germany layak ke final vs Spain. Aku xnk cite psl Germany kat sini, kalu nk tahu psl Germany, next post la ye.he3. Aku nk fokus pada 2 org kat atas tu...

Final Euro 2012 pada persepsi aku adalah perlawanan antara 2 penjaga gol terbaik dunia.
Gigi Buffon VS Casillas.

Buffon memang pada aku antara penjaga gol terbaik dunia. Terbukti musim lepas bila Juventus berjaya mengharungi liga tanpa kalah sepanjang musim 2011-2012. Yang pastinya Buffon menjadi salah sorg tunjang kepada kejayaan Juventus ni... Euro ni pun Buffon dh membuktikan yg dia antara penjaga gol terbaik sbb dapat save penaalti Ashley Cole, (walaupun penalti die lemah..he3)

Casillas, penjaga gol Real Madrid. Kapten Real Madrid n Kapten Spain pada World Cup Edisi 2010 n Euro Edisi 2008. Kaliber beliau sukar disangkal. Memang hebat. Menjadi Kapten kepada pasukan Juara. Real Madrid juga juara La Liga 2012. tapi mampukah Casillas sekali lagi mengemudi Spain utk memenangi Euro 'back to back'.

Final Euro 2012 kali ini pasti memperlihat kehebatan 2 penjaga gol hebat dunia. Sebabnya... Jom aku senaraikan sebabnya...
1. Barisan pertahanan Spain xde Puyol, so ada ruang kelemahan pada aku. Ramos bukan pilihan tepat isi barisan CB Spain. tp dh xde pilihan, Albiol pun injured. So harapan Spain comfirm pada ketangkasan Casillas.
2. Barisan pertahan Itali pun mmg kurang hebat sjak berakhir zaman Nesta dan Maldini. Abate pun injured, so, Buffon mjadi benteng akhir Itali kekang serangan Spain.
3. Itali will play their true game... Defensive game + great counter attack. Balotelli will be target man, Pirlo will run the midfield. So, defend Spain comfirm carca marba mlm ni... Kaliber Casillas diperlukan.
4. Spain - short pass, midfield bole jd striker. game play barca + madrid. Mmg awesome game dari midfield to forward. defend Italy mesti sakit hati. Buffon la harapan Italy kawal gawang dorg..

 Cukupla ulasan aku... Kita  tggu sape juara Euro 2012. InsyaAllah could be 1 of the best final or... the worst.

so, c u then... next post esok InsyaAllah...
Assalamualaikum.
Firhan77


Thursday, December 15, 2011

i'm back...

Almost 5 month aku mninggalkn dunia blogging ni... malas utk update dan
mungkin kekeringan idea mnulis... but i'm back... di hari Jumaat ini. tapi
bukan update in sports especially in football tp berkaitan adik iparku. Esok
dia akan bernikah dgn gadis pilihan hatinya. jom tgk die yg bz buat keje.he2.





Si Mun'im sedang bz buat peta nk g umah future wife dia esok... Dia nmpk
tekun n bsungguh2... yela, esok officially status bujang dia akan dibuang.
'I'm married'. spanduk maya yg tgantung pada dpn n blkg sorg suami. Bsar
tanggungjawab ini, ditanggungg hingga akhirat. Moga dia dpt mlaksanakn
dgn baik n btanggungjawab so do I.

oklah, cukup utk masa ini. tapi just nk bgtau sikit... We're the London's pride,
n could be the only England's hope on UCL 2012. May Allah with us. Go
Gunners. Arsenal will be great this season... Sedih n kesian pada Spurs.haha.

C u again guy's. Assalamualaikum... solat jumaat jom. 1pm dh...

f77

Thursday, July 28, 2011

Kebangkitan?... Mmm.. jauh lagi...

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua yg sudi membaca...

selepas 1 bulan lebih menyepi, aku nk kembali meluahkan isi hati
aku kat blog yg dh ditinggalkan utk sekian lamenye...

aku ingatkan kebangkitan ada kebangkitan yg ingin dipertontonkan
tp ternyata hanya kekecewaan aku dapat... serius sedih n kecewa.
85000 penonton membanjiri stadium, comfirm2 majoriti peminat
Harimau Malaya. tp tahap permainan, serius jauh panggang dari
bara... mmg x capai standard yg diharapkan la... kekecewaan aku
mmg agak melampau sbb aku sgt menaruh harapan pada pasukan
yg aku dh nmpk gelombang perubahan... tp, mcm ade yg x kene la...

meh kite buat hipotesis kajian, apa masalah dorg...

1. Menanggung harapan menggunung peminat...
    Aku rasa tekanan kali mungkin lebih hebat daripada perlawanan
    akhir Piala Suzuki tahun lepas. Wlwpn br Pra Kelayakan Piala
    Dunia tapi harapan sgt2 tinggi. Piala Dunia kot...

2. Gerumuh di hadapan puluhan ribu penonton
    Reason kedua - aku rasa la sbb dorg menanggung tjwb besar utk
    menang di hadapan puluhan ribu... so bile gemuruh sgt, dh x reti
    main... jadi gugup, passing bola mcm sial. harap keeper yg ttbe
    bagus + Safee Sali yg mmg super. yg lain serius hampeh... tmasuk
    Rajagobal.

3. Over confident
    Bajet leh menang, Singapore akan bkubu sampai lebam. Yes, mmg
    dorg bole main cmtu tp x, dorg main open game, more to offense
    game. Create chances. Kite... kite kan ade Safee Sali.. kalu dh
    man mark smpai 3-4 org cmne nk lps, pastu passing cm sial... cmne
    la kan...

4. Kurangnya rase tanggung jawab + amanah pada segelintir pemain.
    Memang tuduhan ni nmpk kasar, tp ade yg mcm tu, mcm x ikhlas
    nk main. x sungguh2 lari. moral cpat down... mmg la susah, byk
    tekanan, tp itu tugas korg... aku cikgu, kene la jlnkan tugas aku dgn
    pnuh tanggung jawab. pastikan anak murid aku bjaya, wlwpun
    sedikit... tp dorg ni... xpela, thn depan cube lagi... kalu x pjg umur,
    hah, jawab la...

5. Alasan sedikit superstitious (Singapore pakai baju merah)
    aku tgk la kan, kalu main game kat mane2 la, kalu pasukan 2 pakai
   jersi merah, dorg xkan kalah la... especially pada perlawan penting

   mcm final UCL yg lps...(sila bace post lps2 kalu nk tau)..



6. Takdir Allah....

dh mlm dh... cukup la utk mukadimah sblm aku smbung esok... selamat
membaca n jumpe lagi...


Assalamualaikum... f77

Saturday, June 11, 2011

Terengganu Juara Piala FA 2011.

tahniah kepada pasukan Terengganu yang berjaya menjuarai Piala FA 2011
dengan menewaskan pasukan Kelantan dalam final yang penuh drama.

Mungkin ada yg menyatakan kejayaan Terengganu dibantu oleh gol sendiri
pemain Kelantan pada masa kecederaan. Tapi pada aku, Terengganu layak
bergelar juara sbnr sbb determination, semangat juang tinggi serta smangat
x mahu kalah. Kelantan over confident n main dgn agak bhati2. Kemenangan
memang jelas milik Terengganu lepas gol sendiri 'pemberian' Daud Su.
Terengganu bermain sgt baik sehinggakan Ahmad Nordin Alias, pemain
gantian yg berjaya menjaringkan gol kemenangan.

Aku malas nk komen byk2... t aku punye blog kene bako dgn geng2 kelate
plak kan... tp yg pastinya... kedua2 pasukan bjaya membawa fans yg sgt
ramai ke Stadium Bukit Jalil. 90 ribu penonton datang membanjiri stadium
mlm td. semoga stadium2 kita terus dipenuhi oleh penonton2 x kira pada
mana2 perlawanan...

oklah kawan2... kita jumpe lg minggu dpn utk tgk sape plak bakal juara Liga
Super Malaysia. Moga Selangor akan bangkit n menang... go Selangor....


take care semua... Assalamualaikum..f77

Sunday, June 5, 2011

Euro 2012 Qualification Round Up...

Selepas kemenangan Barca tempoh hari, aku xde citer nk
kongsi dgn korg sume, tp lps mlm semalam, ade citer ni...
Kelayakan Euro 2012. Fokus aku rasa mesti pada game
England vs Switzerland kan... Even aku sendiri tgk game
England vs Switzerland. n aku bangga dgn Switzerland.










Switzerland berjaya mengikat England. Selepas 33 minit
Switzerland berjaya mendahului dengan jaringan 2-0 dgn
hasil jaringan sepakan percuma Barnetta. Kedua2 jaringan
Barnetta adalah dari direct free kick. Memang free kick
yg menarik. Tapi England bernasib baik kerana sokongan
padu penyokong,n mungkin semangat kental Ashley Young
yg masuk menggantikan Lampard yg dilaporkan 'ineffisient'
wlwpun bjaya menjaringkan gol pertama England.

Jom kite tgk keputusan yg lain pulak la ye.. aku xnk buat
laporan byk2, trus pada keputusan ye...

Group A

Germany 2 - 1 Austria
Belgium  0 - 0 Turkey
Kazakhtan 2 - 1 Azerbaijan

Group B

Russia 3 - 1 Armenia
Macedonia 0 - 2 Ireland
Slovakia 1 - 0 Andorra

Group C

Italy 3 - 0 Estonia
Faroe Islands 0 - 2 Slovenia

Group D

Belarus 1 - 1 France
Romania 3 - 0 Bosnia

Group E

San Marino 0 - 1 Finland
Moldova 1 - 4 Sweden

Group F

Latvia 1 - 2 Israel Laknatullah
Greece 3 - 1 Malta

Group G

England 2 - 2 Switzerland
Montenegro 1 -1 Bulgaria

Group H 

Iceland 0 - 2 Denmark
Portugal 1 - 0 Norway

Setakat ni jelah untuk masa ni. aku bg update ni sbb
mungkin ada antara kita yg nk tau result lain kan... tp
untuk kawan2 skalian, even kita suke tgk bola sepak
eropah, jgn la lupe bola sepak Malaysia. Terruskan
menyokong pasukan2 dlm liga Malaysia. Kite jumpe
hari Selasa utk update Malaysia Super League.

c u guy then... Assalamualaikum...f77